Seorang penduduk Palestin cedera ketika tentera Israel lakukan operasi roboh di barat Bethlehem.

Jumaat , 14-06-2019 – Seorang pemuda Palestin cedera terkena tembakan peluru getah yang dilepaskan anggota tentera rejim Israel semasa operasi meroboh di Bir Una, Beit Jala, kawasan barat Bethlehem, wilayah Tebing Barat.

Menurut penduduk tempatan, tentera rejim melancarkan satu operasi meroboh sebuah bilik tempat tinggal dan empat bangsal usang di Bir Una atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Semasa operasi itu, salah seorang ahli keluarga Zarina, warga tempatan yang merupakan pemilik tanah telah cedera apabila tentera rejim bertindak kasar dan melepaskan tembakan peluru getah ke keluarga tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin