Mahkamah tinggi membenarkan persatuan Yahudi Israel merampas tanah gereja.

Selasa , 18-06-2019 – Mahkamah tinggi Israel telah menolak tuntutan sebuah Persatuan Yunani Ortodoks dan mengeluar kebenaran untuk meneruskan penjualan tiga aset hartanah di kawasan rampasan di Baitulmaqdis kepada sebuah kumpulan Yahudi yang bernama Ateret Cohanim.

Penolakkan tuntutan tersebut pada hari Isnin minggu lepas telah mengakhiri kemelut perundangan selama 14 tahun yang melibatkan penjualan berkenaan dengan Gereja Yunani di Baitulmaqdis. 
Ateret Cohanim adalah oraganisasi sayap-kanan yang berjuang untuk mendapatkan hartanah di Bandar Lama untuk penempatan Yahudi. Dengan keputusan pada hari Isnin tersebut, kumpulan tersebut secara langsung telah menguatkan kekuasaan mereka di Wilayah Kristian di Bandar Lama tersebut. 

Kemelut tersebut bermula pada tahun 2005 apabila suratkhabar Maariv telah mengeluarkan laporan tentang penjualan 3 bangunan termasuk bangunan Petra dan Hotel Imperian di pintu plaza Jaffa berdekatan dengan pintu masuk Bandar Lama tersebut. 

Laporan akhbar tersebut telah menyebabkan Geraja Yunani terlibat didalam kemelut diantara badan yahudi yang diketuai oleh Patriach Irenaeus yang di anggap sebagai melanggar undang-undang dan menggelar diri beliau sebagai Patriach yang sebenar. 

Patriach yang terbaru, Theophilus III telah menolak urusniaga terbabit dengan alasan ia terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah dan kekurangan kebenaran dari pihak gereja. Badan Patriarchate berkata, Irenaeus tidak mendapat kebenaran dari Majlis Synod untuk meneruskan urusniaga tersebut. Mereka juga difahamkan bahawa Pengarah Kewangan, Nikolas Papadimos telah menerima sejumlah wang daripada kumpulan yahudi Ateret Cohanim untuk meneruskan urusniaga tersebut dan beliau juga telah terlibat didalam salah guna kuasa yang melibatkan dana Patriachate.

Pihak Patriarchate juga telah berdebat tentang tanda harga yang dibayar untuk bangunan tersebut oleh Ateret Cohanim adalah lebih rendah dari harga pasaran semasa. 


Tahun lepas, Mahkamah Israel telah menolak tuntutan berikut dan memberi kebenaran untuk urusniaga terbabit tetapi telah dikritik oleh Ateret Cohaim kerana gagal untuk membawa Ketua Organisasi tersebut, Matityahu Dan untuk bersumpah diatas urusniaga terbabit. 
Selepas kekalahan di Mahkamah Daerah, Patriachate telah membuat tuntutan di Mahkamah tinggi. Minggu lepas, peguam bagi Patriarchate telah mengulangi tuduhan mereka tentang rasuah, salah guna kuasa dan kekurangan kebenaran tetapi mahkamah telah menolak tuntutan terbabit dan memberi kebenaran untuk meneruskan urusniaga tersebut kepada Ateret Cohanim. 

Walaubagaimanapun, mahkamah telah mengesahkan dakwaan Patriarchate tentang Papadimos telah menerima sejumlah 35,000 dolar amerika dari Ateret Cohanim dan mengecam kegagalan Dan untuk bersumpah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi