Penduduk Yahudi Sabotaj Kereta, Membuat Grafiti di Perkampungan Einabus

Selasa , 18-06-2019 – Sekumpulan warga Yahudi telah menyusup masuk ke kampung Einabus di selatan Nablus pada waktu Subuh lalu memancitkan tayar dua buah kereta dan membuat grafiti menyembur berunsur rasis terhadap orang Arab di beberapa dinding di kawasan itu.

Pejabat tempatan Ghassan Daghlas berkata, penduduk dari penempatan haram Yitzhar menyelinap masuk ke kawasan utara kampung tersebut pada waktu subuh, memancitkan tayar dua buah kereta dan menyembur slogan rasis di dinding Masjid, klinik dan beberapa buah rumah.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, insiden keganasan demi keganasan yang dilakukan oleh peneroka Yahudi ekstrem terhadap rakyat Palestin dan harta mereka adalah kejadian harian di seluruh Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul