Pendatang Yahudi tebang berpuluh pohon Zaitun di al-Khalil.

Rabu , 19-06-2019 – Pendatang haram Yahudi didapati telah menebang berpuluh pokok Zaitun milik penduduk Palestin di bandar Bani Na’im, timur al-Khalil.

Aktivis anti pendatang, Rateb al-Jabour berkata sekumpulan pendatang Yahudi memotong tanaman Zaitun di atas tanah penduduk Palestin di bandar tersebut yang baru dirampas pihak rejim zionis Israel bulan lalu.
Bulan lepas, pihak rejim menyerahkan notis pemberitahuan kepada warga Palestin bahawa 4,800 dunum tanah mereka akan dirampas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada