Rejim Zionis Menculik 7 Rakyat Palestin di Tebing Barat

Isnin , 24-06-2019 – Rejim Zionis(IOF) telah menculik tujuh rakyat Palestin semasa mereka berkempen di beberapa kawasan Tebing Barat seawal Subuh Rabu lalu.

Tentera Israel menangkap tujuh rakyat Palestin yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti permusuhan.

Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa berpuluh-puluh tentera telah menyerbu dan menggeledah rumah tahanan Rabhi Amara di kem pelarian Tulkarem dan merampas wang dari keluarga tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul