Israel roboh bangsal, musnah pokok Zaitun di perkampungan Qusra.

Isnin , 24-06-2019 – Tentera rejim Israel bertindak merobohkan sebuah bangsal yang digunakan untuk pertanian dan beberapa pohon Zaitun di Kampung Qusra, selatan Nablus.

Menurut sumber tempatan, pasukan tentera rejim menceroboh masuk ke satu kawasan di perkampungan itu dan bertindak merobohkan sebuah bangsal berkeluasan 42 meter persegj serta memusnahkan beberapa batang pokok Zaitun berdekatan.

Tindakan tentera meroboh bangunan bangsal yang dibina hasil sumbangan pertubuhan Relief International tersebut merupakan tindakan kali yang kedua selepas dimusnahkan pada bulan November, 2018.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin