Persidangan Manama adalah Implementasi Sebenar Deklarasi Balfour


Selasa , 25-06-2019 - Wakil Ketua Gerakan Islam di wilayah Palestin yang diduduki Israel sejak tahun 1948, Syeakh Kamal Khatib, mengatakan bahawa Persidangan Manama (pertemuan Bahrain) zahirnya adalah visi ekonomi untuk kawasan setempat, akan tetapi menyembunyikan usaha untuk melaksanakan visi politik, yang tidak diragukan lagi mengarah pada penutupan halaman dan masalah isu perjuangan Palestin.

Khatib menjelaskan bahawa Persidangan Manama, yang merupakan bahagian daripada rancangan “deal of century” Amerika, adalah implementasi praktis dari Deklarasi Balfour Britain, yang semuanya hanya memikirkan kepentingan orang-orang Yahudi dengan mengorbankan orang-orang Palestin.Beliau menjelaskan perbezaan besar antara tahun 2019 dan tahun 1917 adalah kesedaran dan kewaspadaan terhadap bahasa dan risiko pada orang-orang Palestin akan kegagalan projek ini, meskipun ada orang-orang Arab dan Palestin yang bersekongkol, akan tetapi tidak akan berjaya.

Khatib mengatakan, "Saya malu untuk mengirim pesan kepada rakyat Arab dan dunia Islam untuk memainkan peranan mereka dalam menggagalkan 'deal of century' ini; kerana mereka juga sedang sibuk mencari kebebasan dan keselamatan dari ketidakadilan." Beliau menyatakan bahawa Amerika berjaya memilih waktu yang tepat, yang tidak terpisah dari projek-projek lain yang menggagalkan Arab Spring.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman