Hasil Buah Melon Melebih Keperluan Tempatan


Isnin , 15-07-2019 - Beberapa meter dari pagar sempadan selatan Semenanjung Gaza, Mohammed dan Sami Mu'ammar sibuk membantu ayah mereka memungut hasil melon (tembikai susu) dari tanah pertanian mereka yang terletak di Sufa antara Khan Yunis dan Rafah. Keluarga Abu Mu'ammar biasanya memulai memungut hasil melon pada awal pagi untuk menghindari panasnya sinar matahari.

Mereka tidak peduli dengan ancaman peluru yang dilepaskan oleh pasukan penjajah Israel yang ditempatkan di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza. Musim tanaman melon, menurut Issa Abu Mu'ammar, dimulai pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Jun. Sebagai salah satu buah kegemaran warga Gaza, melon tahun ini dijual dengan harga murah kerana tidak tidak dapat dieksport akibat penutupan pintu masuk sempadan Semenanjung Gaza yang dikendalikan sepenuhnya oleh penjajah Israel.

Abu Mu'ammar mengatakan bahwaa hasil tanaman melon tahun ini sangat bagus namun harganya tidak sesuai dan ramai petani menderita kerugian besar. Petani Palestin tersebut mengatakan bahawa Semenanjung Gaza memiliki buah melon dan tembikai terbaik. Dia menegaskan bahawa para petani Palestin di Semenanjung Gaza memiliki kepakaran menanam melon yang memenuhi standard antarabangsa. Dia menyeru agar dapat dibuka pasaran diluar negeri bagi eksport melon Gaza kerana keluaran melon di Semenanjung Gaza sudah melebihi keperluan tempatan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman