Kanak-Kanak Palestin Parah Ditembak Tentera Israel

 
Rabu , 17-07-2019 - Seorang kanak-kanak Palestin cedera parah di kepala akibat tembakan peluru tajam oleh tentera Zionis ketika meleraikan perarakan di Kfar Qudum, sebelah timur Qalqilia. Sumber tempatan menyebutkan kanak-kanak tersebut bernama, Abdurahman Yaser Syitawi (10 tahun) tercedera di bahagian kepala ketika menyertai perarakan di Kfar Qudum.

Beliau segera dibawa ke hospital kerajaan di Nablus dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin pada Selasa lalu menyebutkan bahawa tentera Zionis telah membunuh 16 kanak-kanak Palestin sepanjang 6 bulan pertama tahun 2019 ini. Badan Hak Asasi Manusia El-Mizan dalam laporanya menyebutkan, sebanyak 1233 kanak-kanak Palestin tercedera. Majoriti mereka ditembak ketika mengikuti perarakan.

Manakala 17 kanak-kanak lainya dipenjarakan selama tempoh tersebut. El Mizan menegaskan, tentera Zionis terus melakukan pelanggaran demi pelanggaran terhadap hak asasi manusia di Semenanjung Gaza, terutama terhadap anak-anak di bawah umur.Beberapa maklumat menunjukan wujud usaha pembunuhan dan penganiayaan yang dilakukan tentera Zionis serta penangkapan terhadap anak-anak Palestin pada pertengahan awal tahun ini.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman