Pemuda Palestin Dilanggar Pendatang Israel di Al Quds


Isnin  , 22-07-2019 - Seorang pemuda Palestin di al-Quds tercedera dan patah tulang pada hari Rabu (17/7/2019) setelah dilanggar oleh seorang pendatang Israel di al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Sumber setempat melaporkan bahawa pemuda yang menjadi mangsa langgar lari tersebut bernama Adnan Samer Mujahid berusia 19, dari Kota Tua al-Quds.

Sumber itu menyatakan bahawa mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiba-tiba kenderaannya rosak di Jalan Abu Ghosh di sebelah barat al-Quds. Ketika dia turun untuk memeriksanya, seorang pendatang Israel melanggarnya. Akibatnya, beliau mengalami patah tulang dan cedera di kepala. Dia dibawa ke hospital Hadassah di Ein Karem. Sementara pendatang Israel yang melanggarnya melarikan diri.

Pasukan penjajah Israel mendirikan sekitar 503 penempatan, 474 di Tebing Barat dan 29 di al-Quds, yang menempatkan lebih dari 46% dari jumlah wilayah Tebing Barat, dihuni sekitar 800,000 pendatang Yahudi. Hampir setiap hari mereka melakukan penyerangan di wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel, termasuk dengan cara melanggar warga Palestin dan tindakan kekerasan lainnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman