Hamas Minta Pihak Otoriti Palestin Hentikan Perjanjian dengan Israel


Selasa , 06-08-2019 - Jurucakap Hamas, Hazem Qassem mengatakan bahawa tindakan berterusan pihak Otoriti Palestin melaksanakan perjanjian dengan penjajah Israel membuktikan sikap dan keupayaan pihak Otoriti Palestin. Beliau meminta pimpinan Otoriti Palestin untuk mengeluarkan keputusan agar berhenti berurusan dengan perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan penjajah Israel hingga benar-benar dilaksanakan keputusan tersebut.

Bukan sekadar pengumuman melalui media semata-mata. Dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan pada Rabu (31/7/2019) malam, Hazem Qassem menegaskan bahawa berlanjutnya kesan dari perjanjian-perjanjian antara Otoriti Palestin dan penjajah Israel, terutama koordinasi keamanan, yang diantaranya tindakan penangkapan warga Palestin secara berterusan yang dilakukan pihak keselamatan dan pasukan penjajah Israel, menimbulkan banyak pertanyaan tentang keseriusan Otoriti Palestin dalam keputusannya untuk menghentikan perjanjian-perjanjian dengan penjajah Israel.

Beberapa hari yang lalu Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas mengumumkan bahawa dia telah membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan perjanjian-perjanjian dengan penjajah Israel. Akan tetapi dia menyatakan telah menugaskan panitia untuk menentukan mekanismenya, tanpa mengumumkan secara rasmi pelaksanaan keputusan tersebut. Penganalis politik, Sari Arabi menilai bahawa pengumuman yang dikeluarkan Mahmud Abbas tersebut akan menjadi tidak bererti.

Ini kerana pimpinan Palestin sepenuhnya menyedari bahawa pilihan yang merugikan rakyat Palestin akibat jalan yang mengarah ke perjanjian ini menjadi dasar berdirinya Otoriti Palestin, adalah pilihan yang salah. Oleh itu tidak ada cara untuk memperbaikinya kecuali keluar dari perpanjian tersebut. Arabi mengatakan, memang benar akan terjadi sikap yang meragukan keseriusan Otoriti Palestin untuk benar-benar keluar dari perjanjian-perjanjian tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman