Kerajaan Haram Israel Iktiraf Pelampau Rabbi Hasut Bunuh Bukan Yahudi

Rabu , 07-08-2019 – Kerajaan Haram Israel berhasrat untuk menghormati seorang  pelampau  rabbi yang memuji pembunuhan orang bukan Yahudi, terutama umat Islam di Palestin.

Menurut akhbar Haaretz, Menteri Pendidikan Rabbi Rafi Peretz dan Menteri Pengangkutan Bezalel Smotrich akan mengiktiraf rabbi Yitzchak Ginsburgh, yang memuji pembunhan kejam tahun 1994 di kota al-Khalil dan sebelumnya dituduh menghasut perkauman.

Para menteri akan berucap pada acara Khamis di mana anugerah akan diberikan kepada Ginsburgh.

Rabbi yang dilahirkan di AS terkenal menerbitkan sebuah risalah yang memuji tindakan pengganas Baruch Goldstein, yang pada tahun 1994 melakukan pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi, di mana dia membunuh 29 orang Muslim dan puluhan yang cedera ketika mereka berdoa.

Ginsburgh juga termasuk para rabbi yang menulis buku “The King Torah” yang membincangkan keadaan di mana orang Yahudi boleh membunuh orang bukan Yahudi mengikut undang-undang Yahudi.

Hadiah akan diberikan di bawah naungan institusi yang dipanggil “Cathedra for Torah and Wisdom,” yang menerima sokongan kewangan dari jabatan Kementerian Pendidikan untuk budaya Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen