Hanna : Kecekalan penduduk Issawiya akan gagalkan rancangan Israel.

Khamis , 08-08-2019 – Paderi Atallah Hanna telah menyatakan keyakinan beliau bahawa kecekalan warga Palestin di daerah Issawiya di Baitulmuqaddis akan menggagalkan rancangan rejim Israel untuk memindahkan mereka dari kampung halaman mereka dan mematikan semangat nasionalisme anak-anak mereka.

Semasa lawatan beliau ke Issawiya pada hari Isnin lepas, Hanna menyatakan solidaritinya dengan masyarakat setempat. Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa tindakan rejim Israel ke atas kawasan Baitulmuqaddis berkenaan tidak akan berjaya melunturkan semangat warga Palestin.

“Lebih banyak penindasan, ketidak adilan dan kekejaman yang dihadapi oleh masyarakat Palestin, lebih tinggi semangat mereka untuk melindungi hak mereka dan kesetiaan mereka kepada tanah suci ini,” tegas Ketua Biskop Gereja Ortodoks di Baitulmuqaddis itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul