Qabha rayu Bassam Sayeh segera dibebaskan dari penjara.

Rabu , 14-08-2019 – Bekas Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin, Wasfi Qabha merayu agar seorang tahanan warga Palestin, Bassam as-Sayeh dibebaskan dengan segera dan menjelaskan bahawa tahanan itu sedang menghidap penyakit kanser tahap 3 serta dalam keadaan koma.

Menerusi kenyataan medianya, beliau mengesa komuniti ahli diplomatik, Pesuruhjaya bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Pertubuhan Tahanan Palestin serta semua pihak-pihak yang berkenaan supaya campur tangan dan melibatkan diri bagi pembebasan segera tahanan tersebut dari penjara sebelum terlambat.

Bekas menteri itu berkata bahawa Sayeh sepatutnya telah mendapat perintah pembebasan lebih awal dari mahkamah Israel beberapa bulan yang lepas tetapi pihak rejim telah menangguhkan perkara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin