Dua drone berjaya melintasi sempadan Israel, kembali semula ke Gaza.

Khamis , 15-08-2019 – Tentera rejim Israel mendakwa bahawa pihaknya telah mengesan dua buah drone atau pesawat kecil tanpa pemandu terbang melintasi sempadan di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laman web Yedioth Ahronoth, pihak pertahanan Israel mengesan drone tersebut terbang memasuki ruang udara sempadannya tetapi tidak lama dan kemudian kembali semula ke Gaza.

Sementara itu, laman web berbahasa Yahudi yang lainnya pula melaporkan berita tentang kejadian pemuda Palestin membaling batu ke arah anggota tentera Israel dari arah pagar keselamatan dan kemudiannya mereka melarikan diri dari kawasan itu. Kejadian berlaku di utara Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin