Sinwar Ungkap Pertemuan Pemimpin Al-Qassam dan Brigade Al-Quds

Jumaat , 16-08-2019 -  Ketua Gerakan Pejuang Islam Hamas di Semenanjung Gaza, Yahya Sinwar, pada hari Rabu (14/8/2019), mengungkapkan tentang pertemuan yang diadakan beberapa hari  lalu antara para pemimpin Hamas dan Jihad Islam yang melibatkan bahagian politik dan ketenteraan untuk membincangkan projek perjuangan dan rancangan pembebasan dan hak kembali pelarian Palestin.

Sinwar mengatakan bahawa gerakan Hamas dan fraksi-fraksi perjuangan serta kekuatan-kekuatan nasional dan Islam akan terus meneruskan persiapan dan menghimpun kekuatan serta menyediakan logistik dan menyempurnakannya untuk projek pembebasan dan hak kembali pelarian Palestin. 

Beliau menjelaskan bahawa pertemuan yang berjalan beberapa hari yang lalu adalah pertemuan tingkat pimpinan tinggi. Beliau mengatakan, "Kami beberapa hari yang lalu mengadakan pertemuan tingkat tertinggi yang melibatkan para tokoh dari pimpinan politik Hamas dan Jihad Islam, yang dihadiri pimpinan Brigade Al-Qassam dan Brigade Al-Quds."

Sinwar mengatakan, "Kami duduk selama hampir enam jam, dengan cinta dan persaudaraan, membincangkan detail rancangan perjuangan dan persiapan serta pengaturan untuk pembebasan dan hak kembali pelarian serta rancangan mengusir penceroboh.

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman