Israel Tembak Mati Pemuda Palestin Yang Didakwa Menikam Anggota Polis

Isnin , 19-08-2019 -  Seorang warga Palestin meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah ditembak pasukan Israel atas tuduhan  melakukan serangan menikam anggota polis di kota lama Al-Quds terjajah.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa seorang anggota polis Israel mengalami kecederaan akibat ditikam berdekatan pintu gerbang Silsilah kota Lama Al-Quds.Pihak Canel Israel melaporkan, polis Israel kemudiannya melancarkan tembakan terhadap dua orang pemuda Palestin yang didakwa sebagai pelaku serangan tersebut.

Selepas insiden tersebut, pasukan Israel menutup semua gerbang masuk Masjidil Aqsa, sementara pasukan  polis khas Israel menyerbu halaman masjid dan mula mengosongkan masjid dengan mengusir para jamaah yang solat di sana.

Sejak menduduki kota Al-Quds, penjajah zionis Israel mengambil urusan pemerintahan dan keselamatan kota termasuk kawasan kompleks Masjidil Aqsa. Pihak Israel  menempatkan anggota keselamatan di setiap gerbang masuk masjid. Mereka memeriksa setiap orang yang hendak masuk dan melarang masuk warga Palestin di bawah umur 50 tahun, kecuali pada hari Jumaat.

Namun pada waktu yang sama, penjajah Israel mengizinkan para pendatang Yahudi menyerbu masuk halaman Masjidil Aqsa setiap hari di waktu pagi dan petang selain hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman