8 Tahanan Pentadbiran Palestin Mogok Lapar

Selasa, 20-08-2019 – 2 orang tahanan Palestin yang sedang meringkuk di dalam penjara rejim Israel telah menyertai mogok lapar yang sedang dilangsungkan bagi menyuarakan bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka, lapor Persatuan Tahanan Palestin Ahad lalu. 

Persatuan Tahanan Palestin melaporkan bahawa Naser al-Jada’ dan Thaer Hamdan telah memulakan mogok lapar tanpa penghujung masing-masing sejak 12 dan 7 hari yang lalu, sebagai menunjukkan bantahan atas penahanan mereka yang dilakukan tanpa pendakwaan atau perbicaraan oleh pihak Perkhidmatan Penjara Israel. 

Kini sejumlah lapan orang tahanan Palestin sudah menyertai mogok lapar sebagai membantah pertahanan pentadbiran mereka. Mogok berkenaan telah dimulakan 49 hari lalu oleh Huthaifa Halabiya dan beberapa tahanan lain juga telah turut serta.

Kesihatan Halabiya dilaporkan semakin merosot, namun pihak Perkhidmatan Penjara Palestin tetap tidak mengendahkan tuntutan dan aduan beliau, serta tetap berkeras tidak mahu memberikan bantuan perubatan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul