Rejim Zionis Rampas Fasiliti Pertanian di Tulkarem

Khamis, 22-08-2019 – Isnin lalu Rejim Zionis telah merampas sebuah karavan pertanian  milik warga Palestin di daerah Khirbet Jbara, di  selatan bandar Tulkarem.

Ihsan Tahsin , ketua majlis daerah Khirbet Jbara memberitahu bahawa Rejim Ziornis telah mencerobohi daerah berkenaan pada awal pagi dan menggeledah rumah-rumah warga Palestin yang masih di dalam pembinaan. 

Tahsin berkata Rejim Zionis telah juga merampas karavan pertanian milik keluarga Dosoki. Daerah Khirbet Jbara seringkali disasar Zionis untuk rampasan tanah dan pemusnahan rumah kediaman. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul