Segerombolan Peneroka Haram Yahudi Ceroboh Masjid Aqsa

Khamis, 22-08-2019 – Puluhan peneroka haram Yahudi memecah masuk ke Masjid Aqsa di Jerusalem Dijajah pada hari Isnin pagi di sebalik larangan zaiarah yang dikenakan ke atas penduduk Palestin.

Polis Israel menyerbu tapak suci itu dan menghalang para penduduk Palestin dari lawatan terancang para peneroka haram Yahudi yang cuba melakukan ibadah Talmud di Qubbat Sakrah (Dome of the Rock) .

Para pegawai Islam Awkaf mengatakan bahawa peneroka haram melakukan lawatan provokatif ke tempat suci serta anggota polis Israel menghalang kemasukan penduduk Palestin dan mengambil ID mereka sebelum membenarkan mereka masuk.

Pegawai itu mengatakan bahawa seramai 114 peneroka haram menjelajah halaman Aqsa di bawah perlindungan polis yang ramai.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh mengatakan bahawa 2233 peneroka Yahudi telah mencemarkan Masjid Aqsa pada bulan Julai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen