Pihak perbandaran Israel serah notis roboh rumah, struktur bangunan di Issawiya.

Jumaat, 23-08-2019 – Pihak berkuasa perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel memberi notis kepada beberapa penduduk Palestin yang rumah dan bangunan milik mereka akan dirobohkan kerana dibina tanpa lesen.

Pihak rejim tidak mahu warga Palestin meluaskan kawasan mereka di timur Baitulmuqaddis dengan sengaja menolak fail permohonan membina yang dipohon warga tempatan.

Menurut penduduk tempatan, pekerja pihak perbandaran Israel datang dan menampal notis perintah roboh di beberapa buah rumah, bangunan perniagaan dan sebuah dewan yang diguna oleh penduduk bagi mengadakan majlis perjumpaan dan kegiatan kemasyarakatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin