Dua gadis dan tiga kanak-kanak antara yang ditahan

Isnin, 26-08-2019 – Polis Rejim Zionis telah menculik tujuh warganegara Palestin, termasuk dua orang gadis dan tiga orang kanak-kanak Khamis lalu. Mereka diculik dari kawasan solat Bab al-Rahma di dalam Masjid Aqsa di Baitulmaqdis.

Menurut saksi, anggota polis telah menyerbu kawasan Bab al-Rahma dan menahan seorang pengawal Aqsa, Bader al-Rajmi, bersama-sama dengan tiga orang kanak-kanak, dua orang gadis dan seorang belia lelaki.

Gadis-gadis berkenaan dikenali sebagai Shifa Abu Ghaliya dan Medellin Issa, manakala belia berkenaan dikenali sebagai Habib Abu Shusha. Anggota polis telah menghalang lain-lain warga Palestin daripada mengambil gambar ketika penahanan tersebut.

Beberapa hari lalu, anggota polis telah menculik seorang pengawal Aqsa bernama Amer al-Salfiti. Mahkamah Israel kemudiannya telah melanjutkan tempoh penahanan beliau untuk tujuh hari kerana beliau telah mengambil gambar anggota polis ketika mereka sedang mencuri alatan perabot dari kawasan solat Bab al-Rahma.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul