HRD gesa penduduk tolak lawatan Netanyahu ke al-Khalil.

Jumaat, 06-09-2019 – Human Right Defenders (HRD) al-Khalil menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima perbuatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mencemar kemuliaan Masjid Ibrahim dan mengesa penduduk di bandar itu supaya menyuarakan rasa marah mereka terhadap lawatan tersebut. 

Melalui satu kenyataan media, HRD mengingatkan bahawa sebenarnya lawatan Netanyahu ke al-Khalil adalah untuk menyokong pendatang haram Yahudi dan memberi gambaran bahawa bandar itu adalah bandar Yahudi.
HRD menyeru semua penduduk yang menetap di Bandar Lama al-Khalil, Jalan al-Shuhada, Tel Rumeida, Wadi al-Husain, Haret Jaber, al-Salaymeh dan Wadi al-Gharus membantah lawatan Netanyahu itu dengan memasang bendera Palestin di atas bumbung rumah masing-masing.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin