Bahar: Hebron adalah kota Palestin Selamanya

Jumaat, 06-09-2019 -  Ahmed Bahar, wakil ketua Dewan Legislatif Palestin, mengatakan bahawa pemerintah  penjajah Zionis sedang menghala ke dalam perang agama.

Hal tersebut ditegaskan Ahmed Bahar dalam sebuah pernyataan akhbar pada Rabu (4/9/2019) malam. Beliau merujuk kepada penyerbuan Masjid Ibrahimi di kota Hebron yang dilakukan oleh Presiden Zionis Israel Robin Rivlin yang beberapa jam kemudian disusuli oleh PM Zionis Benjamin Netanyahu.

Beliau memperingatkan penjajah Israel agar tidak bermain dengan api dan menegaskan bahawa Netanyahu akan menjadi orang pertama yang terbakar oleh api yang akan menggulingkan pemerintahannya dan entiti perampas tersebut yang didirikan atas dasar pembunuhan, jenayah, terorisme dan pertumpahan darah.

Bahar menegaskan bahawa kota Hebron akan tetap murni menjadi kota Palestin selamanya dan merupakan bahagian berkait yang tidak terpisah dari Palestin bersejarah. Ia dilindungi dengan nyawa dan darah oleh rakyatnya yang berjiwa panglima dan perjuangannnya yang gagah berani. 

Beliau menegaskan bahawa Netanyahu dan entiti buatannya akan hancur dengan izin Allah.

Bahar menyeru untuk dilakukan intifadhah rakyat Palestin untuk melindungi tempat-tempat suci dan  mengekang rancangan pendudukan penjajah Israel.Beliau turut meminta masyarakat antarabangsa agar segera menyokong dan bergerak secepatnya untuk menghentikan serangan Zionis yang dilakukan secara terang-terangan terhadap Masjid Ibrahimi dan tempat-tempat suci Palestin. Ia merupakan pelanggaran secara jelas terhadap undang-undang antarabangsa, perjanjian dan konvensyen tentang kebebasan beribadah dan agama.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman