Rejim Zionis musnahkan rumah warga Palestin di Lod

Rabu, 11-09-2019 – Hari Isnin lalu, jentolak milik Rejim Zionis telah memusnahkan sebuah rumah milik warga Palestin di kejiranan al-Mahatta di bandar Lod di dalam kawasan terjajah Palestin.

Menurut sumber tempatan, tentera Rejim Zionis telah mengepung kawasan kejiranan berkenaan dan menghalang penduduk Palestin daripada menghampiri rumah yang menjadi sasaran untuk dimusnahkan, sebelum rumah berkenaan dibinasakan sama sekali dengan alasan kononnya dibina tanpa lesen yang sah.

Rejim Zionis pada kebiasaannya sering menolak permohonan untuk mendapatkan permit pembinaan untuk warga Palestin yang tinggal di kampung-kampung dan pekan-pekan yang telah dijajah semenjak tahun 1948.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul