Warga Palesitn tunjuk perasaan di Al Khalil membantah kematian Al Sayeh

Khamis, 12-09-2019 – Berpuluh-puluh warga Palestin berarak di al-Khalil Selasa lalu sebagai menyuarakan bantahan terhadap kematian Bassam al-Sayeh, seorang warga Palestin yang ditahan di penjara Israel. Kematian al-Sayeh dikatakan adalah disebabkan oleh kecuaian perubatan yang disengajakan.

Penunjuk-penunjuk perasaan telah mengibarkan bendera Palestin dan memampangkan potret al-Sayeh dan sepanduk yang mengutuk tindakan jenayah Israel ke atas tahanan Palestin. Mereka juga menggesa supaya pihak antarabangsa memberikan perlindungan kepada tahanan-tahanan Palestin.  

Selain itu, penunjuk perasaan telah membantah tindakan kecuaian perubatan yang dilakukan secara sistematik ke atas tahanan politik Palestin oleh pihak Perkhidmatan Penjara Israel yang telah menyebabkan kematian berpuluh-puluh tahanan. Paling baru, Bassam al-Sayeh yang menderita barah tulang dan darah tidak diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul