Jentolak Israel musnahkan fasiliti Palestin di Al Khalil

Jumaat, 13-09-2019 –  Jentolak Israel telah memusnahkan beberapa harta benda milik warga Palestin di pekan Masafer Yatta, selatan bandar al-Khalil di Tebing Barat, Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, jentolak Israel telah memusnahkan beberapa karavan yang digunakan oleh keluarga warga Palestin sebagai rumah bergerak, memandangkan pihak berkuasa Israel tidak membenarkan sebarang bentuk pembinaan di kawasan berkenaan.

Rejim Zionis pada awal paginya telah menyerang perkampungan Khirbet ad-Dabe’ yang berdekatan, menggeledah beberapa buah rumah, dan menahan beberapa orang penduduk Palestin untuk beberapa jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul