Pesawat Israel gempur 2 pos pejuang Palestin di Semenanjung Gaza utara

Jumaat, 13-09-2019 -  Pesawat-pesawat tempur penjajah Israel pada Rabu (11/9/2019) malam menggempur dua pos pejuang Palestin di Semenanjung Gaza utara. Wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan bahawa pesawat tempur penjajah Israel menembak tiga peluru berpandu ke arah pos "Ashkelon" milik pejuang di kota Beit Lahia di Semenanjung Gaza utara, tanpa ada laporan tentang mangsa yang terkorban.

Menurut sumber tempatan, pasukan pertahanan darat pejuang Palestin menembaki pesawat drone pendudukan penjajah Israel yang menyebabkan siren di penempatan Israel di pinggiran Semenanjung Gaza berbunyi.

Jurucakap tentera Israel mendakwa bahawa serangan itu dilakukan sebagai reaksi terhadap tembakan roket dari Gaza ke penempatan Yahudi di pinggir Semenanjung Gaza pada hari sebelumnya.

Pada Rabu petang, kenderaan militan penjajah Israel menembak dua pos pemeriksaan milik Brigade al-Qassam di Semenanjung Gaza utara.

Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa pasukan artileri penjajah Israel melancarkan serangan ke pos pejuang dan kemudian ke pos lain di kota yang sama.

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman