Polis Israel tahan gadis Palestin asal Issawiya.

Selasa, 17-09-2019 – Polis rejim Israel menahan seorang gadis Palestin di rumahnya di daerah Issawiya, timur Baitulmuqaddis atas dakwaan telah melakukan serangan menggunakan kereta.

Menurut laman web 0404, seorang perempuan Palestin yang berumur 20 tahun dari Issawiya telah ditahan kerana melakukan serangan menggunakan kereta yang dipandu laju di jalan berdekatan petempatan haram Yahudi Atarot, Baitulmuqaddis.

Polis rejim berkata, pada malam Khamis tersebut, seorang polis pengawal sempadan dan pendatang Yahudi cedera setelah sebuah kereta melanggar mereka. Berikutan kejadian itu, pihak polis telah melancarkan siasatan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin