Lebih 1000 penduduk haram ceroboh makam Yusuf

Khamis, 26-09-2019 – Kira-kira 1,200 penduduk haram Israel telah menceroboh Makam Yusuf di timur Bandar Nablus pada awal pagi Selasa lalu, dengan diiringi oleh seorang menteri Israel dan beberapa orang rabai.

Sumber tempatan memberitahu Akhbar Quds bahawa beberapa bas yang membawa hampir 1,200 penduduk haram Israel telah memasuki kawasan berkenaan dengan diiringi oleh pihak tentera.

Menurut sumber, pertembungan ganas tercetus antara berpuluh-puluh belia Palestin yang cuba bersemuka dengan penceroboh-penceroboh berkenaan, dengan askar Zionis yang telah melancarkan gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah ke arah mereka.

Rejim Zionis dan penduduk haram Israel hampir setiap minggu menceroboh kawasan timur Nablus untuk mengadakan upacara-upacara di Makam Yusuf, yang mereka percayai adalah tempat bersemadinya Nabi Yusuf. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan dan ahli-ahli sejarah Palestin telah mengesahkan bahawa makam berkenaan adalah sebenarnya milik seorang pemimpin Islam zaman dahulu kala bernama Yousef Dweikat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul