Pendatang Israel Cedera Ringan Ditikam Remaja Palestin

Jumaat, 27-09-2019 -  Seorang penduduk pendatang Israel tercedera pada Rabu (25/9/2019) malam dalam serangan tikaman yang terjadi di barat kota Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.

Surat khabar Israel Yediot melaporkan bahawa seorang penduduk Israel cedera ringan dalam serangan tikaman berdekatan persimpangan Maccabim di sebelah barat Ramallah.

Media Israel tersebut menyatakan bahawa seorang warga Palestin menikam seorang pendatang Israel berusia 20 tahun yang mengakibatkan cedera ringan. kejadian berlaku di  persimpangan Maccabim di barat daya Ramallah.

Sumber Israel menyatakan bahawa pasukan militan penjajah Israel tiba di lokasi kejadian dan mengambil tindakan menyiasat pelaku sebelum menangkapnya tanpa memberikan perincian lebih lanjut sama ada suspek ditembak atau tidak.

Sumber-sumber Israel menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap suspek  remaja Palestin berusia 14 tahun.

Sebelumnya  8 orang warga Palestin cedera akibat terkena peluru yang ditembak pasukan penjajah Israel dalam pertembungan  yang terjadi di pintu masuk utara Al-Bireh di sebelah utara Ramalah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman