Abbas Akan Umumkan Tarikh Pilihan Raya Umum Palestin Setelah Kembali Dari New York

Isnin, 30-09-2019 – Ketua Otoriti Palestin, Mahmud Abbas menyatakan tarikh pilihan raya umum Palestin akan diumumkan sekembalinya dari New York sama ada di Gaza, Tebing Barat mahupun Al-Quds.

Dalam ucapannya di hadapan sidang umum PBB ke 74 di New York, Abbas meminta PBB dan pihak antarabangsa berkaitan pilihan raya untuk memantau pilihan raya umum nanti.

Menurut Abbas, pihaknya berharap tidak ada kumpulan yang berusaha untuk menggagalkan pilihan raya umum Palestin.

Sementara itu gerakan Hamas menyatakan persetujuan tanpa syarat atas inisiatif kumpulan-kumpulan Palestin untuk menghentikan perpecahan.

Visi nasional untuk menamatkan perpecahan mencakupi pembentukan pemerintahan bersatu sebelum akhir tahun ini iaitu dengan menyatukan undang-undang pilihan raya bagi badan-badan berkaitan, pembentukan jawatankuasa pilihan raya nasional melalui perwakilan serta mengadakan pilihan raya pertengahan tahun hadapan.

Kumpulan yang menyampaikan pandangan dan visi mereka adalah Jihad Islami, Front Rakyat Demokratik, Partai Rakyat, Inisiatif Nasional, Fada, Komando Umum dan Halilintar.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman