Rejim Zionis tahan warga Palestin di utara Tebing Barat.

Isnin, 30-09-2019 – Khamis lalu Rejim Zionis telah menahan sekumpulan warga Palestin berdekatan sempadan Shuweika di pagar pemisah Tulkarem di utara Tebing Barat, dan telah membawa mereka ke sebuah tempat yang tidak diketahui.

Sumber tempatan memaklumkan kepada pemberita Pusat Maklumat Palestin bahawa tentera Israel telah menahan sekumpulan penumpang Palestin yang terkandas di tanah terjajah Palestin setelah mereka dibenarkan untuk menyeberang melalui sempadan al-Shuweika, yang telah dibuka untuk beberapa hari dan ditutup kembali malam kelmarin.

Sumber yang sama juga memberitahu bahawa pihak tentera telah menahan semua penduduk yang berada di dalam kawasan berpagar berkenaan dan telah mengumpulkan mereka sebelum dibawa pergi menaiki bas.

Ramai warga Palestin lain turut ditahan malam kelmarin di kawasan yang sama dan telah dibawa ke pusat-pusat tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul