Beratus pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Rabu, 02-10-2019 – Sekurang-kurangnya 200 pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk ke kawasan halaman Masjidil Aqsa dengan kawalan ketat polis rejim Israel, dijangka lebih ramai lagi pendatang akan berbuat demikian.

Menurut kata saksi, penganut Yahudi itu memasuki masjid tersebut secara berkumpulan dan melakukan tindakan provokasi ketika diberi penerangan yang mendakwa di situ adalah tapak kuil mereka serta cuba mengadakan ibadat penyembahan mengikut ajaran Yahudi.

Turut kelihatan di antara mereka ialah Menteri Pertanian Israel, Uri Aril yang menyampaikan ucapan berapi-api mendesak supaya bangunan kuil Yahudi dibina di atas tapak masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin