Qabha: Pilihan raya perlukan keadaan dalam negara dan persekitaran yang sihat.

Jumaat, 04-10-2019 –Pemimpin kanan Hamas, Wasfi Qabha mengingatkan bahawa mengadakan pilihan raya tanpa wujudnya persefahaman dalam negara hanya akan mengekalkan perpecahan di kalangan rakyat Palestin.

Melalui satu kenyataan medianya, Qabha menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Palestin dan Fatah perlu mempastikan keadaan dalam negara dan persekitaran yang sihat terlebih dahulu sebelum mahu mengadakan pilihan raya supaya rakyat dapat menyuarakan pendapat mereka secara bebas, tanpa berlakunya sebarang bentuk penindasan, keganasan dan penangkapan.

Beliau mengecam sikap sesetengah pemimpin Fatah yang bercakap soal demokrasi tetapi pertubuhan yang diwakilinya disekat untuk bertanding di Tebing Barat malah mereka ditangkap.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin