Tahanan Ahmed Ghannam mogok lapar 82 hari.

 

Selasa, 08-10-2019 – Ahli keluarga tahanan Ahmed Ghannam telah menyuarakan kebimbangan terhadap nyawa beliau yang terancam disebabkan mogok lapar yang berpanjangan.

Menurut sumber dari kalangan ahli keluarga, keadaan kesihatan Ghannam telah merosot dengan teruknya disebabkan mogok lapar selama 82 hari dan juga kerana keperluan perubatan yang terabai.

Ghannam melancarkan mogok lapar untuk menyuarakan bantahan terhadap penahanan pentadbiran beliau, tanpa pendakwaan mahupun perbicaraan.

Enam tahanan lain juga turut bermogok lapar sebagai desakan untuk mengakhiri penahanan pentadbiran mereka, termasuk tahanan wanita Hiba al-Labadi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul