Matjila: PBB tidak pernah sekali pun laksanakan resolusi untuk Palestin.

Selasa, 08-10-2019 – Duta Afrika Selatan ke PBB, Jerry Matjila mengkritik tindakan badan dunia itu yang tidak pernah sama sekali melaksanakan salah satu dari 72 resolusi yang diputuskan untuk Palestin sejak tahun 1948.

Matjila yang merupakan presiden Majlis Keselamatan PBB untuk bulan Oktober semasa membuat kenyataan kepada akhbar al-Quds al-Arabi menyatakan tentang kegagalan masyarakat antarabangsa dalam membantu penduduk Palestin mencapai hasrat mereka untuk mengecap kebebasan dan kemerdekaan.

Mewakili negaranya, beliau menjelaskan peranan Afrika Selatan dalam permasalahan di Palestin dan menyatakan sokongannya terhadap rakyat negara itu serta hak mereka dari segi perundangan sebagai “sedia diketahui umum dan tidak perlu dipersoal.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin