Keadaan kesihatan Tahanan Wanita Jordan Semakin Teruk

Rabu, 09-10-2019 – Ayah tahanan wanita Jordan, Heba al-Labadi di dalam penjara Zionis menyebutkan, keadaan kesihatan anaknya semakin teruk selepas tindakan mogok lapar  yang dilakukan sejak dua minggu lalu untuk memprotes tindakan pemerintah Zionis yang menahannya tanpa sebab. Dia menambah, “Keadaan kesihatan puteri saya sangat sukar dan semakin teruk kerana mogok lapar sejak 14 hari yang lalu.

Beliau berharap anaknya segera dibebaskan segera.Heba al-Labadi didakwa ditangkap di persimpangan Karama dalam perjalanannya menuju ke Tebing Barat  untuk menghadiri majlis pernikahan saudaranya.

Kementerian Luar Negeri Jordan telah memanggil duta besarnya di Israel pada 10 September lalu untuk turut serta dalam tuntutan rakyat membebaskan Heba al-Labadi dari tahanan.

Juru cakap  Kementerian luar negeri Jordan, Sufian al-Qudah mengatakan dalam sebuah pernyataan akhbar bahawa pihaknya telah mempertegaskan permintaannya kepada Israel untuk segera membebaskan Hiba Abdel-Baqi dan Abdel-Rahman Merhi yang sehingga kini masih ditahan pemerintahan Israel. Beliau meminta keduanya di perlakukan menurut piawai hak asasi manusia antarabangsa serta meminta pihak otoriti Israel bertanggungjawab atas keselamatan keduanya. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman