Rejim Zionis culik 10 warga Palestin di Tebing Barat

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis pada awal pagi hari Isnin telah menahan 10 warga Palestin ketika serbuan di kediaman-kediaman di beberapa kawasan Tebing Barat yang berbeza.

Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis menahan 10 warga Palestin di Ramallah, Bethlehem, Jenin, Salfit dan al-Khalil.

Puluhan askar IOF menyerang sebuah pusat kebudayaan di perkampungan Kifl Hares, ke barat Bandar Salfit, dan menimbulkan kekacauan di sana.

Pada malam Ahad rejim Zionis disertai dengan anjing polis, menyerbu sebuah hospital Palestin di Gunung Zaitun di Baitulmaqdis, menyerbu beberapa bilik di bahagian rawatan kanser, dan mengasari pesakit-pesakit di sana atas alasan kononnya untuk mencari senjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul