Kementerian Waqaf menyelar keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi

Rabu, 09-10-2019 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil pada Ahad dan Rabu hadapan bagi membenarkan para pendatang Yahudi untuk mengadakan sambutan di dalamnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian itu turut menyatakan rejim berniat untuk menyerbu masjid itu pada Selasa dari pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Husam Abul-Rab menekankan keperluan untuk segera bertindak bagi menyelamatkan Masjid Ibrahimi dan menamatkan segala pencemaran Israel ke atasnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati