Buruh warga Palestin cedera ditembak tentera Israel.

Isnin, 14-10-2019 – Seorang buruh warga Palestin cedera terkena peluru selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakkan ke arahnya. Kejadian berlaku berhampiran tembok pemisah di utara Tulkarem.

Menurut kata saksi kepada pemberita Palestinian Information Center (PIC), seorang pemuda yang dikenali sebagai Abdul Salam Khalil, berkerja sebagai buruh dan berasal dari perkampungan an-Nazla al-Gharbiya yang terletak di utara Tulkarem telah cedera akibat ditembak tentera rejim ketika cuba menyeberang masuk ke Israel dengan memanjat pintu tembok pemisah sempadan di bandar Zeita.

Tambah sumber itu lagi, tentera Israel bertindak pantas menutup kejadian itu dengan mengangkat mangsa ke dalam ambulan dan meningkatkan kehadiran lebih ramai anggota tenteranya di sekitar kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin