Tahanan sakit di hospital Ramla berisiko mati perlahan.

Isnin, 14-10-2019 – Suruhanjaya bagi Hal Ehwal Tahanan Dan Bekas Tahanan Palestin berkata bahawa tahanan yang berada di hospital penjara Ramla sedang berhadapan dengan risiko mati secara perlahan-lahan setiap hari kerana mereka telah dinafikan dari mendapat rawatan perubatan.

Menurut Suruhanjaya itu, keadaan kesihatan 10 tahanan di hospital tersebut sangat teruk dan ramai yang tidak boleh bergerak kecuali berkerusi roda. Begitu juga tentang tahanan lainnya bila bercakap tentang kesukaran mereka untuk mandi, tukar pakaian, makan minum dan lainya.

Tambah Suruhanjaya itu lagi, tiga tahanan yang mengadakan mogok lapar di hospital tersebut telah diasingkan dan keadaan kesihatan mereka sangat teruk dan terganggu akibat mogok lapar dalam tempoh lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin