Isnin, 14-10-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan oleh askar Rejim Zionis Selasa lalu, semasa rusuhan di perkampungan al-Janiya barat Bandar Ramallah.
Pihak akhbar Quds yang memetik sumber tempatan melaporkan bahawa Rejim Zionis telah menyerbu perkampungan al-Janiya dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom pegun secara rambang dan bertubi-tubi.
Sumber tempatan mengatakan bahawa kanak-kanak berkenaan mengalami lecuran di beberapa bahagian badan setelah terkena kanister gas pemedih mata ketika sedang berada di halaman rumahnya.
Kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan ke Kompleks Perubatan Palestin untuk rawatan, dan kecederaannya telah dikatakan sebagai “sederhana”.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul