Presiden Tunisia Yang Baru Dipilih, Qais Said Janji Sokong Palestin

Rabu, 16-10-2019 – Presiden Tunisia yang baru dipilih, Qais Said, Ahad  13 Oktober menegaskan sokongannya terhadap isu Palestin. pada awal pidato kemenangannya dalam pemilihan presiden pada pungutan suara kedua, Said berjanji akan bekerja menyokong isu Palestin secara adil.

Presiden menegaskan bahawa isu Palestin merupakan agenda pertamanya di luar negeri dan beliau berharap sekiranya bendera Palestin dapat berkibar di samping bendera Tunisia.

Presiden Tunisia mengulangi kenyataan bahawa normalisasi dengan penjajah zionis merupakan sebuah pengkhianatan, sikap ini ditegaskannya ketika debat bersejarah dengan pencabar beliau, Nabil al-Qarawi dua hari menjelang pemilihan presiden.

Di hadapan pendukungnya, Said mengatakan: “sekarang merupakan fasa bersejarah, dimana Tunisia telah selesai berada di masa pengawasan dan agenda yang perlu dilakukan adalah memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Said menyebutkan bahawa kunjungan luar negeri pertamanya akan dilakukan ke Algeria, kemudian berharap dapat mengunjungi Libya serta  menyampaikan apresiasi kepada rakyat Palestin, dengan menegaskan bahawa Tunisia akan meneruskan peranannya di forum antarabangsa untuk menyokong Palestin.

Gerakan perjuangan Islam Hamas menyampaikan ucapan tahniah atas terpilihnya Dr. Said sebagai Presiden Tunisia.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman