Tentera rejim Israel halang keluarga dari Tebing Barat lawat saudara di penjara Negev.

Jumaat, 25-10-2019 РTentera rejim Israel bertindak menghalang ahli keluarga Qassam dan Adham Jabbarin, tahanan adik beradik yang berasal kem pelarian Jenin dari  melawat saudara mereka di penjara Negev.

Keluarga itu menyatakan bahawa tentera rejim yang bertugas di pos pemerikasaan al-Jalama menyekat  mereka dari meneruskan perjalanan ke penjara Negev untuk melawat saudaranya walau pun mereka mempunyai permit lawatan daripada Pertubuhan Palang Merah.

Keluarga itu juga tetap tidak dibenarkan bertemu Qassam Jabbarin yang ditahan di penjara Gilboa atas alasan langkah keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin