Tentera Israel menembak dan menahan belia Palestin di Baitul Maqdis

Rabu, 30-10-2019 – Isnin lalu seorang belia Palestin cedera selepas ditembak oleh rejim Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis kerana kononnya cuba menyerang dengan cara menikam.

Saksi mendakwa bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke atas seorang belia Palestin di Kota Lama tersebut, menyebabkan beliau cedera di lengan, sebelum mereka menahannya.

Sumber media Israel pula mendakwa bahawa belia tersebut cuba melakukan serangan dengan cara menikam berhampiran Pintu al-Sahera, iaitu salah satu pintu masuk utama ke Masjid al-Aqsa, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera Israel kemudian menutup Pintu al-Sahera, dan telah menyerang rakyat Palestin yang juga berada di kawasan berkenaan dan menyembur mereka dengan penyembur lada.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul