Rejim Zionis culik 6 warga Palestin di Tebing Barat , Baitul Maqdis

Jumaat, 08-11-2019 – Rejim Zionis  telah menahan beberapa rakyat Palestin awal pagi Rabu lalu, termasuk seorang kanak-kanak, semasa serbuan besar-besaran di kediaman-kediaman di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sumber tempatan memberitahu bahawa Rejim Zionis telah menculik empat rakyat Palestin setelah menyerang dan menggeledah kediaman mereka di beberapa kampung yang terletak di wilayah Tebing Barat di Bethlehem.

Rejim Zionis juga telah menahan dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun, semasa kempen di perkampungan al-Isawiya timur Baitulmaqdis.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa pertempuran ganas berlaku antara belia Palestin dan askar Zionis yang telah menyerbu pekan Birzeit di utara Ramallah. Tiada kecederaan yang dilaporkan.

Kira-kira 5,700 tawanan Palestin kini ditahan di penjara Israel, termasuk 230 kanak-kanak, 48 tahanan wanita, 500 tahanan pentadbiran, dan 1,800 tahanan dengan masalah kesihatan yang serius, termasuk 700 daripadanya yang memerlukan perhatian perubatan yang segera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul