Hamas: Israel punca tercetusnya keganasan di wilayah yang didudukinya.

Jumaat, 08-11-2019 – Pertubuhan Pergerakan Islam Hamas menuduh rejim zionis Israel dan pasukan keselamatannya menjadi punca tercetusnya keganasan di kalangan masyarakat Palestin di wilayah yang didudukinya.

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Selasa lalu, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata bahawa rejim Israel cenderung untuk memutuskan ikatan persaudaraan dan memusnahkan reputasi penduduk Palestin dengan menjadi punca kepada perselisihan di kalangan warga Palestin di wilayah yang dikuasainya.

Beliau juga menuduh pihak rejim sentiasa mencari peluang bagi mengalihkan tumpuan rakyat Palestin dari isu utama dan perjuangan menuntut hak mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin