Israel Hancurkan Rumah Warga Beit Hanina Di al-Quds

Jumaat, 22-11-2019 – Pada Selasa (19/11/2019) petang, jentolak pemerintah penjajah Israel menghancurkan sebuah rumah warga Palestin di kampung al-Asyqariyya di Beit Hanina, di wilayah utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel.

Sepanjang perobohan rumah, pasukan  penjajah Israel menyerang keluarga Alloun dengan menolak dan memukul mereka sehingga mencederakan anak pemilik rumah Mohammed Alloun. 

Pemilik rumah, Majdi Alloun, mengatakan bahawa pegawai pemerintah kota Israel di al-Quds hanya memberinya masa 15 minit untuk menyediakan wang sejumlah 25.000 shekel bagi menghentikan keputusan merobohkan rumahnya.

Setelah itu, mereka terus menghancurkan rumah tersebut.

Beliau menambah bahawa para pekerja dari pemerintah kota penjajah Israel mengeluarkan sebagian barang dan perabot dari dalam rumah. Mereka hanya memberi masa lima minit kepada pemilik rumah untuk mengambil barang-barangnya. Setelah itu mereka merobohkan rumah dan semua isinya yang ada di dalam.

Beliau menjelaskan bahawa pemerintah kota penjajah Israel memaksanya untuk membayar denda pelanggaran bangunan pada tahun 2016 berjumlah 40 ribu shekel.

Luas rumah ini 120 meter persegi. Alloun membina rumah tersebut pada tahun 2011. Dia tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan anak-anaknya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman