Abu Diyak dipindahkan ke hospital akibat daripada keadaan kesihatan yang semakin teruk

Jumaat, 22-11-2019 – Tahanan Palestin di penjara Israel Sami Abu Diyak telah dipindahkan ke hospital pada Isnin rentetan daripada tahap kesihatan yang semakin teruk, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menyatakan.

Menurut satu kenyataannya, Abu Diyak dipindahkan ke hospital setelah mengalami pendarahan dan keadaan kesihatannya semakin teruk.

Tiga hari yang lepas, Perkhidmatan Penjara Israel memindahkan Abu Diyak ke Hospital Assaf Harofeh dan mengembalikan beliau ke penjara pada Ahad. Tahanan tersebut yang beratnya 45 kg, sedang menderita kesakitan tubuh badan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati